Wednesday, September 8, 2010

MARHABBAN @ AIDIL FITRI 1431 H

Sempena kehadiran Aidil Fitri 1431 H ini , bagi merapatkan lagi silaraturahim di kalangan ahli-ahli persatuan dan membudayakan aktiviti kunjung mengunjung disamping bermaaf-maafan ,aktiviti Marhabban akan diadakan bermula selepas minggu kedua kita meraikan aidl fitri pada tahun ini. Untuk makluman , pihak sekretariat telahpun menghantar surat-surat tawaran kepada semua ahli yang berminat untuk menjemput dan menerima kumpulan marhabban untuk hadir kerumah masing-masing bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya pada kali ini.
Kepada sesiapa yang berminat sila kembalikan surat jawapan atau sms sahaja kepada setiausaha persatuan En Amran Kasim di talian 013-6317101 bagi tindakan lanjut dengan kadar yang segera.
  
SELAMAT HARI RAYA AIDL FITRI 1431 H 
MAAF ZAHIR BATIN

Kita jumpa di program MARHABBAN nanti insyallah.

No comments:

Post a Comment